1. Inilah yang di katakan cabaran yang besar untuk umat Melayu.Menyatukan sesuatu yang dah pecah bukan satu perkara yang mudah.Ia memerlukan pengorbanan setiap insan yang bernama Melayu.Hidup di tanah bertuah ini,menjadi hak kita yang bernama Melayu untuk memastikan tanah kita ini tidak tergadai.
2. Namun sedang kita cuba untuk menyatukan umat melayu atas nama Islmenjadi punca am,meledak cerita terbaru Tok Guru Nik Aziz minta di adakan Mesyuarat Agung Luar Biasa PAS untuk menyingkirkan tiga empat kerat pemimpin PAS yang kononnya menyokong Kerajaan Perpaduan.Sedang mereka ini telah mendapat mandat daripada perwakilan semasa Muktamar Agung PAS yang baru lalu.
3.Lalu UMNO di tuduh menjadi dalang pengwujudan kerajaan Perpaduan ini.Di tuduh lagi kononnya media arus perdana memainkan isu ini.Sedangkan yang menulis blog itu sendiri ialah Tok Guru Nik Aziz.
4.Nampaknya Tok Guru Nik Aziz lebih takut dengan penulisan daripada Prof Dr Aziz Bari daripada kehendak ahli sendiri.Dari satu segi Dr Aziz telah berjaya memecahkan perpaduan yang selama ini wujud di kalangan ahli.
5.Secara sedar atau tidak pandangan Dr Aziz lebih banyak ber politik daripada memberi pandangan dari sudut akademik.Kita menghormati pandangan beliau sebagai ahli akademik namun dalam masa sama pandangan biar lah jujur dan ikhlas.Suka saya mencadangkan agar Dr Aziz sendiri terjun menjadi ahli politik.Bukan hanya pandai memberi pandangan yang akhirnya merosakkan perpaduan parti.
6. Pada hemat saya, berilah peluang yang terbaik kepada pimpinan PAS untuk membuat keputusan berhubung dengan isu ini.Dan selepas ini jangan ada yang cuba untuk merosakkan keputusan yang di buat.
7. Demi Agama dan bangsa,kita harus melupakan persengketaan antara kita.Kuatkan ukhuwah kita.Seperti titah DYMM Raja Muda Perak,kekuatan Melayu itu, di simpul dengan adat,di ikatkan dengan agama.
Tuesday, October 27, 2009
Subscribe to:
Comments (Atom)